Selepas 15 hari kamu dilahirkan, tok mok (mak kepada mama) membawa kamu
dan mama pulang ke kampung (Kg Kolam,Setiu,Terengganu) kerana
pok mie (abang kpd mama) kemalangan...Setelah 4 hari koma dan
ditempatkan di wad ICU, pok mie meninggal dunia...
Sebelum kamu dilahirkan, kebanyakkan ahli keluarga sebelah mama
mencadangkan agar melahirkan kamu di kampung termasuklah arwah pok mie...
tetapi mama terpaksa mengikut
kemahuan papa agar melahirkan kamu di kuala lumpur...
Saat itu mama tersangat- sangat sedih kerana arwah pok mie tidak sempat
mengenali dan menatap wajahmu dan begitulah juga kamu tidak sempat
mengenali dan merasai kasih sayang daripada arwah pok mie...
Untuk pengetahuan kamu Muhammad Adam Ar-Rayyan, arwah pok mie
merupakan seorang bapa saudara yang amat penyayang dan prihatin
kepada semua anak2 buahnya...Mama agak terkilan dan sedih kerana kamu
tidak berpeluang dan marasai kasih sayang daripada arwah pok mie...
Selepas kematian arwah pok mie, kamu dan mama tinggal di kg sehinggalah
habis tempoh berpantang selama 40 hari..selepas itu papa datang dan
membawa kamu dan mama pulang ke Kuala Lumpur.....
jommm layan gambar2 adam semasa di kampung....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*